KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.
Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.
Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.
Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda. Antara mesej Rasulullah SAW ialah hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu.
Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”
Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta. Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya.
Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).”
Di sini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam Islam kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.
Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang menekan negara miskin terutama Negara Dunia Ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah.
Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.
Baginda SAW menyambung lagi: “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”
Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”
Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.
Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”
Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.
Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?
- Menyembuhkan orang lumpuh dan buta.
- Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
- Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap.
- Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang bahkan jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.
BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:
- Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami buta di waktu muda kemudian sembuh kembali.
- Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
- Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi sekelip mata.
- Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
- Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak dan baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
- Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.
- Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
- Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mendakwa bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
- Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlisnya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.
- Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.
- Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk penduduk (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
- Dajjal boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafaz ALLAH dalam sekejap.
- Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
- Dajjal mampu berpindah dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba mampu berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.
- Dajjal mampu membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.
- Dajjal boleh keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga boleh berjalan ke pasar, rumah sakit, dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
- Dajjal mampu memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. Sai Baba mampu mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
- Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
- Dajjal memimpin orang Yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan fahaman zionis.
- Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahawa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.
Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadis sahih adalah sebagai berikut:
- Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
- Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang yang beriman.
- Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
*** Konspirasi Dajjal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan 'berdakwah' dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Syurga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah syurga.
Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Solat adalah buang-buang waktu, Al-Quran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan kewujudan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah di dalam kisah rasul-rasul terdahulu.
Itulah sebahagian sifat dari Dajjal Laknatullah Alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama syaitan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!
tanpa mengira etnik, bangsa, dan negara