Rabu, 13 April 2011

Memahami tragedi tahun 2012

GUANE GAMOK ORANG KITE..........











Masih lagi ingat ancaman Y2K Ia datang menggemparkan penduduk bumi ,malangnya ia berakhir dengan tiada apa-apa pun berlaku .Ia cuma sebagai jenaka di musim sejuk . Kali ini tahun 2012 pula datang dengan isu tamatnya umur bumi dan menurut NASA ia juga seperti Y2K, satu jenaka yg berlaku di musim sejuk .
Peristiwa -peristiwa seperti Y2K, 2012 telah dianalisis dan ahli sains mutakhir ini banyak belajar dan mengambil iktibar berkenaan perkara itu. Tamatnya riwayat bumi Tahun 2012 bercanggah dengan kepercayaan biasa, Ahli sains pada masa kini dengan cepat menyelesaikan apabila didesak memberi penjelasan apa yg sebenarnya berlaku pada tahun 2012 yg semakin tiba itu .




Di bawah ini , jawapan NASA SCIENTISTS kepada beberapa soalan terhadap soalan yg kerap ditanya mengenai 2012
soalan ( Q) :Adakah wujud teori anjakan@ pergerakkan kutub bumi ? Adakah ia benar yang kerak bumi boleh beranjak @ bergerak sehingga 180 darjah putaran sekitar teras pada suatu hari nanti ?
Jawapan : Satu pergerakkan kerak bumi secara drastik adalah mustahil. Terdapat pergerakan-pergerakan perlahanke atas benua-benua (sebagai contoh Antartik dahulunya adalah beriklim khatulistiwa ratusan juta tahun lalu ), tetapi itu tidak relevan dan dijadikan hujjah yg kerak bumi akan bergerak secara drastik 
. Bagaimanapun, kebanyakan daripada laman-laman web memaparkan bencana sebagai satu umpan dan khabar angin untuk menipu manusia. Mereka mendakwa terdapat perhubungan antara putaran dan kekutuban magnet Bumi yang menyebabkan perubahan yg tidak teratur, dengan satu putaran pembalikan magnetik pada setiap 400,000 tahun . Sejauh kami tahu, pembalikan magnetik tidak mengakibatkan mana-mana merosakkan kehidupan di Bumi ini. Pembalikan magnetik juga tidak mungkin berlaku pada beberapa milenium akan datang , 

Soalan (Q): Adakah ada sebarang ancaman terhadap Bumi pada 2012? Terdapat banyak laman-laman web diinternet berkata dunia akan berakhir pada bulan Disember 2012.
Jawapan : Tiada apa-apa yang buruk akan berlaku terhadap Bumi pada 2012. Planet kita telah beredar dengan baik untuk lebih daripada 4 bilion tahun, dan ahli-ahli sains yg boleh dipercayai di seluruh dunia berpendapat tiada ancaman yg berlaku dan dikaitkan dengan 2012.

Q: Apa sumber ramalan yang dunia itu akan berakhir pada 2012?
Satu: Cerita itu bermula dengan mendakwa yang Nibiru, sebuah planet dikatakan ditemui oleh Sumerians, memberi ancaman terhadap Bumi. Malapetaka ini pada mulanya meramalkan pada tahun 2003 Mei, tetapi apabila tidak berlaku kiamat pada tarikh tersebut , maka tarikh kiamat itu digerakkan ke hadapan sehingga pada Disember 2012. Kemudian kiamat ini di sokong dengan dua dongeng purbakala yg mengatakan pada tahun itu berakhirnya pusingan di dalam kaledar purbakala Mayan pada musim dingin pada 2012 -- Daripada itu lah kiamat diramal pada 21 hb Disember tahun 2012.

Q: Adakah kalendar Mayan berakhir pada bulan Disember 2012?
Jawapan :Kalender yg anda gantung di dapur akan anda buang selepas 31 Disember dan diganti dengan kalender baru .Begitu juga kalendar Mayan berakhir pada 21 Disember , 2012. Tarikh ini adalah tarikh akhir kalender kaum Mayan seperti kalendar anda bermula pada 1 hb Januari , begitu juga yg terjadi di kalender Kaum Mayan cuma ia satu pusingan yg lama . 

Q: Apakah boleh berlaku satu fenomena alam apabila terjadinya planet-planet berjajaran di antara satu sama lain ?
Jawapan: Tidak terdapat penjajaran planet dalam beberapa dekad akan datang , Bumi tidak akan bersilang dengan galaksi bimasakti pada 2012, walaupun jika terjadi penjajaran planet pada masa itu , kesan yg akan berlaku kepada Bumi adalah sedikit . Setiap Disember Bumi dan matahari dijajarkan dengan pusat kasar Bima Sakti Galaxy tetapi itu adalah satu rutin tahunan yg tiada kesan akibatnya .

Don Yeomans, Seorang senior di NASA dan juga ahli sains Q: 
Wujudkah sebuah planet atau si kerdil coklat dipanggil Nibiru atau Planet X atau Eris yang mendekati Bumi dan mengancam planet kitayg menyebabkan kehancuran yg dahsyat?
Jawapan : Nibiru dan kisah-kisah lain seperti " planet-planet degil" adalah satu olokan @tipuan Internet. Tiada dasar faktual di atas perkara ini. Jika Nibiru atau Planet X menuju ke satu pertemuan dengan Bumi pada 2012, ahli-ahli astronomi telah menjejaki ia untuk sekurang-kurangnya pada dekad yg lepas, dan ia akan kelihatan pada ketika ini pada pandangan mata kasar. Ternyata , ia tidak nampak ! 

Q: Adakah wujud ancaman meteor pada 2012? 

Jawapan : Bumi sentiasa terdedah kepada hentaman-hentaman dari komet dan asteriod-asteriod, walaupun sejarah itu sangat disukaioleh orang ramai dan peristiwa itu terjadi sangat luar biasa. Impak besar pada masa yg lalu terjadi pada 65 juta tahun mengakibatkan kepupusan dinosaur-dinosaur . Hari ini ahli-ahli astronomi NASA melaksanakan satu kajian dipanggil Spaceguard Survey bagi mencari mana-mana asteriod-asteriod near-Earth besar sebelum ia menghentam bumi .
Kita sudah menentukan tidak terdapat asteriod-asteriod yg besar seperti yg telah membunuh dinosaur-dinosaur pada masa lalu . Semua kerja ini adalah dibuat secara terbuka dengan penemuan-penemuan itu di hantar setiap hari kepada laman web NASA NEO PROGRAM OFFICE , jadi anda boleh melihat nya .


Q: Bagaimanakah pendapat ahli-ahli sains NASA berkenaan perkara-perkara yg berkaitan 2012?
Jawapannya : Bencana atau perubahan dramatik pada 2012 ,dimanakah pendapat ahli sains ? dimana buktinya ? maka jawapannya tidak ada ,dan semua kenyataan bersifat fiksyen itu samada ditulis di buku-buku ,filem-filem ,dokumentasi atau internet ,kami tidak mampu mengubahnya .Tiada bukti yg bmunasabah yg menyokong berlakunya keganjilan pada 2012 
Q: Adakah terjadi satu ribut suria yg sangat besar berlaku pada 2012?
Satu: Keaktifan suria mempunyai satu pusingan yg sentiasa berulang , Ia akan memuncak setiap 11 tahun. Apabila sampai ke puncak , nyala suria boleh menyebabkan gangguan beberapa komunikasi satelit, walaupun begitu jurutera-jurutera sedang mempelajari bagaimana untuk membina elektronik yang kebal terhadap kebanyakan ribut suria .
Tetapi tiada risiko khas dan dahsyat yg dikaitkan dengan tahun2012. Ribut suria akan berlaku dalam 2012-2014,ia adalah rutin biasa dan tidak berbeza dengan pusingan sebelumnya sepanjang sejarah.

p/s -Para pembaca boleh merujuk artikal yg asal di dlm bahasa Inggeris di laman web ini 

Cara mengeluarkan jin ifrit dari jasad manusia

Bertasbih dan solat tasbih

" SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WALLA ILAHA ILLA ALLAH WALLAHU AKBAR WALA HAULA WALA QUATA ILLA BILLAH HIL ALILIL AZIM "
Bacalah tasbih ini di dalam hati samada ketika duduk , berjalan dan melakukan aktiviti -aktiviti lain asalkan tumpuan bacaannya itu ditujukan ke dalam jantung .Sekiranya bacaan itu tidak dituju ke dalam jantung maka amalan itu tidak berkesan utk mengeluarkan ifrit .
Selain drp itu solatlah tasbih setiap malam sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam . Kaifiat solat tasbih adalah seperti berikut ...
  1. Niat solat tasbih
  2. membaca tasbih 15 kali / sekiranya tidak membaca tasbih di bahagian ini maka bacaan tasbih boleh di bawa ke bahagian seterusnya iaitu selepas membaca surah fatehah dan surah-surah sunat sebanyak 15 kali .
  3. membaca al fatehah dan surah
  4. membaca tasbih 10 kali
  5. rukuk serta membaca bacaan rukuk
  6. membaca tasbih 10 kali
  7. i'tidal serta membaca bacaannya
  8. membaca tasbih 10 kali
  9. sujud serta membaca bacaannya
  10. membaca tasbih 10 kali
  11. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaannya
  12. membaca tasbih 10 kali
  13. sujud serta membaca bacaannya
  14. membaca tasbih 10 kali
  15. Duduk sebelum berdiri tegak dan membaca tasbih 10 kali sekiranya sebelum membaca al fatehah tidak dibacakan tasbih sebanyak 15 kali
  16. berdiri tegak
  17. membaca tasbih 15 kali
  18. membaca al fatehah dan surah
  19. membaca tasbih 10 kali
  20. rukuk serta membaca bacaannya
  21. membaca tasbih 10 kali
  22. i'tidal serta membaca bacaannya
  23. membaca tasbih 10 kali
  24. sujud serta membaca bacaannya
  25. membaca tasbih 10 kali
  26. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaanya
  27. membaca tasbih 10 kali
  28. sujud serta membaca bacaannya
  29. membaca tasbih 10 kali
  30. duduk tahiyatul akhir serta membaca bacaannya / jika tadi sebelum membaca fatehah tidak membaca bacaan tasbih maka bacalah tasbih sebanyak 10 kali sebelum membaca bacaan tahiyatul akhir .
  31. memberi salam ke kanan dan ke kiri
  32. mualat iaitu berterusan perbuatan dari awal hingga akhir tanpa diselangi oleh perkara yg lain
Setelah selesai 2 rakaat solat tasbih di atas maka ulang sekali lagi utk mengenapkan solat tasbih sebanyak 4 rakaat . Jadi kaifiat solat sunat tasbih ada 2 cara seperti yg dijelaskan di atas .

Tasbih sebanyak 3000 kali siang dan 3000 kali malam dan juga solat sunat tasbih ini amat berkesan untuk mengeluarkan syaitan diri atau ifrit diri .

Amalan ini juga amat berkesan kepada sesiapa yg hendak bertaubat nasuhah tetapi masih melakukan maksiat yg sama setelah bertaubat . Setiap dosa wajib dikifaratkan .
3- Bersedekah .

Ini lah cara yg lain utk mengeluarkan ifrit diri darp jasad manusia . Bersedekah kepada manusia yg memerlukan seperti fakir miskin ,anak-anak yatim yg miskin , para pelajar yg memerlukan seperti pelajar tahfidz dan ibu-ibu tunggal dan sebagainya . Tujuan sedekah ialah menghindarkan kemurkaan Allah yg akan menimpa diri manusia yg telah berbuat maksiat dan dosa . Bersedekah juga akan membuka pintu -pintu rahmah kesan drp detikan hati penerima sedekah secara sepontan yg dikatagorikan sebagai doa yg paling mustajab cth . Alhamdulillah bagusnya orang ini ! . Pemurahnya orang ini ! .Ya Allah ampunkan dia ya Allah ! dsb Pintu -pintu rahmah inilah yg menyebabkan ifrit diri @ syaitan diri akan keluar darp jasad manusia yg melakukan amalan bersedekah .

Kifarat diri

Kifarat diri terbahagi kepada 2 bahagian

1- Kifarat sebelum dikifaratkan
2- Kifarat terus drp Allah

Kifarat sebelum dikifaratkan bermaksud seseorang manusia yg tahu dirinya banyak melakukan maksiat dan dosa kemudian diberi petunjuk tuhan agar kembali ke jalan-Nya . Maka diri manusia itu mencari cara utk kembali . Setelah berjumpa maka dia melakukan amalan tersebut seperti rela dirotan dan bertasbih serta solat tasbih serta bersedekah .Sehinggalah diri manusia itu merasa dirinya telah bebas drp belenggu dosa @ ifrit .

Jadi kesukaran ketika ber tasbih dan solat tasbih itu sebagai kifarat akan dosa dan maksiatnya . sifat bakhil yg muncul ketika bersedekah dan kemudian dilawan itulah yg menjadi kifarat dosa dan maksiat yg dilakukannya .Sebenarnya ada lagi cara yg lebih berkesan tetapi cukuplah hanya 3 cara itu sahaja .

Kifarat terus drp Allah bermaksud seseorang diri manusia yg tidak menghiraukan dosa dan maksiat dan menganggap tidak akan ada apa-apa yg akan ditimpakan kepada dirinya setelah diri manusia itu melakukan dosa dan maksiat . Maka Allah akan mengkifartkan diri manusia itu . Manusia suka melebelkan kifarat itu sebagai bala' .

Bala di sempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat . Sentiasa ditimpa musibah dsb . Jika kita lihat kifarat yg Allah timpakan seperti disempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat saling tidak tumpah dengan diri manusia yg telah sedar lalu dia mengkifaratkan dirinya seperti bersedekah . Hidup ditimpa musibah bertalu-talu sama seperti seseorang itu bersusah payah bersolat tasbih dan bertasbih 6000 kali sehari semalam .


Wahai manusia ! pilihlah kifarat anda samada anda mahu mengkifaratkan diri sebelum dikifaratkan atau Allah sendiri mengkifaratkan anda . Ianya pasti ! ...tidak ada sesiapa yg terlepas walaupun seorang manusia di muka bumi Allah ini !.

Walaubagaimanapun semua cara diatas hendaklah diambil dari guru secara berwasilah bukan dibaca da terus diamalkan .Ini lah yg membezakan sesutau amalan itu berkesan atau sebaliknya .

Sekiranya kamu melihat manusia yg tetap hatinya maka ketahuilah manusia itu telah dipercepatkan balasan surganya tetapi jika kamu melihat manusia itu sempit dadanya , gelisah hatinya maka ketahuilah sesunguhnya dia telah dipercepatkan balasan azab nerakanya didunia ini lagi . Maka apakah yg akan menunggu setelah sipulan dan sipulanah itu mati ! ...
walla a'lam . 

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

GUANE GAMOK ORANG KITE!!!!!!!





LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..