Rabu, 13 April 2011

Cara mengeluarkan jin ifrit dari jasad manusia

Bertasbih dan solat tasbih

" SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WALLA ILAHA ILLA ALLAH WALLAHU AKBAR WALA HAULA WALA QUATA ILLA BILLAH HIL ALILIL AZIM "
Bacalah tasbih ini di dalam hati samada ketika duduk , berjalan dan melakukan aktiviti -aktiviti lain asalkan tumpuan bacaannya itu ditujukan ke dalam jantung .Sekiranya bacaan itu tidak dituju ke dalam jantung maka amalan itu tidak berkesan utk mengeluarkan ifrit .
Selain drp itu solatlah tasbih setiap malam sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam . Kaifiat solat tasbih adalah seperti berikut ...
  1. Niat solat tasbih
  2. membaca tasbih 15 kali / sekiranya tidak membaca tasbih di bahagian ini maka bacaan tasbih boleh di bawa ke bahagian seterusnya iaitu selepas membaca surah fatehah dan surah-surah sunat sebanyak 15 kali .
  3. membaca al fatehah dan surah
  4. membaca tasbih 10 kali
  5. rukuk serta membaca bacaan rukuk
  6. membaca tasbih 10 kali
  7. i'tidal serta membaca bacaannya
  8. membaca tasbih 10 kali
  9. sujud serta membaca bacaannya
  10. membaca tasbih 10 kali
  11. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaannya
  12. membaca tasbih 10 kali
  13. sujud serta membaca bacaannya
  14. membaca tasbih 10 kali
  15. Duduk sebelum berdiri tegak dan membaca tasbih 10 kali sekiranya sebelum membaca al fatehah tidak dibacakan tasbih sebanyak 15 kali
  16. berdiri tegak
  17. membaca tasbih 15 kali
  18. membaca al fatehah dan surah
  19. membaca tasbih 10 kali
  20. rukuk serta membaca bacaannya
  21. membaca tasbih 10 kali
  22. i'tidal serta membaca bacaannya
  23. membaca tasbih 10 kali
  24. sujud serta membaca bacaannya
  25. membaca tasbih 10 kali
  26. duduk antara 2 sujud serta membaca bacaanya
  27. membaca tasbih 10 kali
  28. sujud serta membaca bacaannya
  29. membaca tasbih 10 kali
  30. duduk tahiyatul akhir serta membaca bacaannya / jika tadi sebelum membaca fatehah tidak membaca bacaan tasbih maka bacalah tasbih sebanyak 10 kali sebelum membaca bacaan tahiyatul akhir .
  31. memberi salam ke kanan dan ke kiri
  32. mualat iaitu berterusan perbuatan dari awal hingga akhir tanpa diselangi oleh perkara yg lain
Setelah selesai 2 rakaat solat tasbih di atas maka ulang sekali lagi utk mengenapkan solat tasbih sebanyak 4 rakaat . Jadi kaifiat solat sunat tasbih ada 2 cara seperti yg dijelaskan di atas .

Tasbih sebanyak 3000 kali siang dan 3000 kali malam dan juga solat sunat tasbih ini amat berkesan untuk mengeluarkan syaitan diri atau ifrit diri .

Amalan ini juga amat berkesan kepada sesiapa yg hendak bertaubat nasuhah tetapi masih melakukan maksiat yg sama setelah bertaubat . Setiap dosa wajib dikifaratkan .
3- Bersedekah .

Ini lah cara yg lain utk mengeluarkan ifrit diri darp jasad manusia . Bersedekah kepada manusia yg memerlukan seperti fakir miskin ,anak-anak yatim yg miskin , para pelajar yg memerlukan seperti pelajar tahfidz dan ibu-ibu tunggal dan sebagainya . Tujuan sedekah ialah menghindarkan kemurkaan Allah yg akan menimpa diri manusia yg telah berbuat maksiat dan dosa . Bersedekah juga akan membuka pintu -pintu rahmah kesan drp detikan hati penerima sedekah secara sepontan yg dikatagorikan sebagai doa yg paling mustajab cth . Alhamdulillah bagusnya orang ini ! . Pemurahnya orang ini ! .Ya Allah ampunkan dia ya Allah ! dsb Pintu -pintu rahmah inilah yg menyebabkan ifrit diri @ syaitan diri akan keluar darp jasad manusia yg melakukan amalan bersedekah .

Kifarat diri

Kifarat diri terbahagi kepada 2 bahagian

1- Kifarat sebelum dikifaratkan
2- Kifarat terus drp Allah

Kifarat sebelum dikifaratkan bermaksud seseorang manusia yg tahu dirinya banyak melakukan maksiat dan dosa kemudian diberi petunjuk tuhan agar kembali ke jalan-Nya . Maka diri manusia itu mencari cara utk kembali . Setelah berjumpa maka dia melakukan amalan tersebut seperti rela dirotan dan bertasbih serta solat tasbih serta bersedekah .Sehinggalah diri manusia itu merasa dirinya telah bebas drp belenggu dosa @ ifrit .

Jadi kesukaran ketika ber tasbih dan solat tasbih itu sebagai kifarat akan dosa dan maksiatnya . sifat bakhil yg muncul ketika bersedekah dan kemudian dilawan itulah yg menjadi kifarat dosa dan maksiat yg dilakukannya .Sebenarnya ada lagi cara yg lebih berkesan tetapi cukuplah hanya 3 cara itu sahaja .

Kifarat terus drp Allah bermaksud seseorang diri manusia yg tidak menghiraukan dosa dan maksiat dan menganggap tidak akan ada apa-apa yg akan ditimpakan kepada dirinya setelah diri manusia itu melakukan dosa dan maksiat . Maka Allah akan mengkifartkan diri manusia itu . Manusia suka melebelkan kifarat itu sebagai bala' .

Bala di sempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat . Sentiasa ditimpa musibah dsb . Jika kita lihat kifarat yg Allah timpakan seperti disempitkan rezeki atau rezeki tidak berkat saling tidak tumpah dengan diri manusia yg telah sedar lalu dia mengkifaratkan dirinya seperti bersedekah . Hidup ditimpa musibah bertalu-talu sama seperti seseorang itu bersusah payah bersolat tasbih dan bertasbih 6000 kali sehari semalam .


Wahai manusia ! pilihlah kifarat anda samada anda mahu mengkifaratkan diri sebelum dikifaratkan atau Allah sendiri mengkifaratkan anda . Ianya pasti ! ...tidak ada sesiapa yg terlepas walaupun seorang manusia di muka bumi Allah ini !.

Walaubagaimanapun semua cara diatas hendaklah diambil dari guru secara berwasilah bukan dibaca da terus diamalkan .Ini lah yg membezakan sesutau amalan itu berkesan atau sebaliknya .

Sekiranya kamu melihat manusia yg tetap hatinya maka ketahuilah manusia itu telah dipercepatkan balasan surganya tetapi jika kamu melihat manusia itu sempit dadanya , gelisah hatinya maka ketahuilah sesunguhnya dia telah dipercepatkan balasan azab nerakanya didunia ini lagi . Maka apakah yg akan menunggu setelah sipulan dan sipulanah itu mati ! ...
walla a'lam . 

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

GUANE GAMOK ORANG KITE!!!!!!!





LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya

mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.

Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..

Jumaat, 8 April 2011

MALAYSIA DAN DAJAL-DAJAL AKHIR ZAMAN

SATHYA SAI BABA: Kebangkitan Antara 30 Dajjal!!!!!!





SATHYA SAI BABA

Inilah sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman. Bahwa telah muncul "Dajjal" bernama Sathya Sai Baba (Sai Baba), dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya India Selatan. Merujuk pada riwayat hadis dari Jamiu at Tirmidzi;
"Rasulullah SAW bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini di bahagian timur bernama Khurasan."
Maka boleh jadi yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW tersebut ialah benar adanya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi SAW. bersabda:
"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "
Dan Sai Baba ini boleh jadi adalah salah satu dari 30 dajjal-dajjal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh Nabi Isa bin Maryam

SIAPA SAI BABA ITU DAN BAGAIMANA CIRI-CIRI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW?

- Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati.
- Menyembuhkan orang lumpuh dan buta.
- Bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya.
- Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap.
- Menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang bahkan jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.
Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.
"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR. Bukhari dan Muslim)


"Di awal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR. Ibnu Majah)

BEBERAPA PERSAMAAN DAJJAL DAN SAI BABA:

- Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok. Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.
- Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami buta di waktu muda kemudian sembuh kembali.
- Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
- Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi sekelip mata.
- Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
- Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak dan baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
- Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut-pengikutnya.
- Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
- Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mendakwa bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
- Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlisnya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.
- Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.
- Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk penduduk (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
 - Dajjal boleh mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafaz ALLAH dalam sekejap.
 - Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
- Dajjal mampu berpindah dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba mampu berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.
- Dajjal mampu membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.
- Dajjal boleh keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga boleh berjalan ke pasar, rumah sakit, dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
- Dajjal mampu memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh-tumubuhnan dan air. Sai Baba mampu mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
- Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
- Dajjal memimpin orang Yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan fahaman zionis.
- Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahawa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.

Kesimpulan: Bahawa sifat Dajjal dan Sai Baba yang diutarakan di atas adalah sebahagian dari sifat salah satu 30 dajjal-dajjal kecil (pendusta-pendusta akhir zaman) yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masih al-Dajjal (Dajjal Besar).
Yang ciri-cirinya menurut riwayat hadis sahih adalah sebagai berikut:
- Dajjal buta sebelah seperti buah anggur.
- Kedua matanya ada tulisan kafir yang dapat dibaca oleh orang yang beriman.
- Dajjal tinggal di bumi selama 40 hari, 1 hari seperti setahun, 1 hari berikutnya seperti sebulan, 1 hari berikutnya seperti seminggu, 1 hari berikutnya seperti hari biasa.


Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal."


Rasulullah SAW bersabda : "Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah, dan tertulis di antara kedua mata dajjal itu kata kafir, yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin." (Muttafaqun ‘alaih) Dan dalam riwayat yang lain dinyatakan: "Tertulis diantara dua matanya huruf kaf, fa’, dan ra’." (HR. At-Tirmidzi)


Hadist riwayat Muslim, dari Nawwas bi Sam’an: Rasullulah SAW mengatakan, "Dajjal adalah seorang pemuda berambut keriting, matanya sebelah kanan celek, aku menyerupakannya dengan Abdul Uzza bin Qathan (lelaki Quraisy yang hidup di zaman Jahiliyah). Maka barang siapa yang menemuinya bacalah surat Al-Kahfi. Ia keluar dari sebuah jalan antara Syam dan Iraq, lalu ia berbuat binasa kesana kemari."


*** Konspirasi Dajjal bersifat matrialistik sekuler, dia datang dan 'berdakwah' dengan membawa perumpamaan air, namun pada hakikatnya adalah api. Syurga yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah neraka. Neraka yang dia tawarkan tapi pada hakikatnya adalah syurga.
Gaya bicara Dajjal, tidak lain adalah seorang pendusta besar! Solat adalah buang-buang waktu, Al-Quran dan agama hanyalah simbol, bahkan ia kerap mendustakan kewujudan para nabi-nabi terdahulu dan mengadakan fitnah di dalam kisah rasul-rasul terdahulu.
Itulah sebahagian sifat dari Dajjal Laknatullah Alaihi! Tujuannya hanya ingin mengkafirkan penduduk bumi dan memurtadkan orang-orang Islam agar keluar dari agamanya dengan dalih, Islam adalah agama syaitan dan masih banyak lagi. Naudzu billahi min dzalik!

Sai Baba menjadi ikon pujaan oleh manusia 
tanpa mengira etnik, bangsa, dan negara

Padahal Allah telah menjelaskan dalam Quran:
"Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. (Ali-’Imran:18-19)

DUNIA AKHIR ZAMAN.....DAJJAL DI MALAYSIA


ASAL-USUL DAJJAL

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s
.

DUNIA SEDANG MENUJU KEHANCURAN....

gambar-arafah-dari-udara
KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.
Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.
Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.
Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda.
Antara mesej Rasulullah SAW ialah hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu.
Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”
Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta. Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya.
Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).”
Di sini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam Islam kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.
Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang menekan negara miskin terutama Negara Dunia Ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah.
Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.
Baginda SAW menyambung lagi: “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”
Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”
Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.
Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”
Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.
Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi. Persoalannya adakah masyarakat kita hari ini masih mengingati dan mematuhi amanah Baginda kepada kita?

Khamis, 7 April 2011

Kompromi Didapati Bersalah Atau Tidak Kompromi Didapati Mati Bunuh Diri?

GUANE GAMOK ORANG KITE!!!!!!!

"
Apakah jaminan keadilan untuk seorang mangsa yang sudah tidak boleh membela dirinya sendiri, atau dengan kata lain - telah mati? Tidak ada keadilan melainkan kestabilan untuk pihak-pihak tertentu menjalankan operasi 'cuci tangan'.

Di saat hari kematian Ahmad Sarbani, pihak berwajib telah menegaskan bahawa walaupun Penolong Pengarah Kastam Selangor itu telah meninggalkan tanggungjawabnya di dunia, arwah tetap terikat dengan sebarang kesalahan yang membabitkan rasuah dan penyeludupan yang bernilai bilion ringgit, jika sabit kesalahan. Adakah kita akan lihat berbondong-bondong kesalahan akan masuk ke akaun si mati, hanya kerana si mati telah mati?

Jika sebelum ini, Teoh Beng hock nyawanya melayang ketika mempertahankan sebuah kerajaan negeri. Mungkin saja TBH memilih untuk tidak bekerjasama dengan komplot menjatuhkan kerajaan negeri, berakhir dengan kematian tragik yang kini sedang melalui episod siasatan inkuiri yang diberi nama RCI.

Mahukah kita nantikan episod-episod baru kematian yang membabitkan 'orang kena siasat' oleh SPRM sepertimana yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock?

Jangan ada yang terkejut jika satu hari nanti keputusan seperti quote di bawah akan terpampang di muka depan Akhbar Sinar Harian;

Koroner Azmil Mustapha Abas membuat penghakiman terbuka berhubung kematian Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati pada 6 April 2011. Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.
Cuba kita tunggu beberapa bulan dari sekarang atau selewat-lewatnya setahun dari sekarang, ada kemungkinan arwah Ahmad Sarbani meninggalkan sepucuk surat di bawah karpet di dalam bilik beliau disiasat. Surat itu menyatakan bahawa arwah sememangnya mahu membunuh diri pada hari tersebut dan memilih pejabat SPRM sebagai final destination kerana ia begitu trendy. Surat wasiat itu ditandatangani oleh arwah tetapi malangnya tulisan pada surat itu bukan tulisan arwah Ahmad Sarbani. Ia mungkin saja ditulis oleh orang lain tetapi si mati terpaksa mengaku kerana si mati telahpun diarwahkan ketika surat itu ditulis.

Bagaikan melalui detik de javu, rakyat Malaysia akan sentiasa terkebelakang kerana disajikan cerita mengarut yang berulang-ulang. Kita ada fitnah satu, kita juga ada fitnah dua. Mujurlah fitnah tiga tidak membabitkan Anwar Ibrahim dengan bapok siam, tetapi dengan pelacur siam bersama bapak ayamnya yang juga seorang careographer filem lucah.

Hari ini timbul pula kejadian mangsa yang disoalsiasat terbunuh yang kedua selepas kejadian pertama menimpa Teoh Beng Hock. Kedua-dua kes kematian mendiang TBH dan arwah Ahmad Sarbani berlaku ketika disiasat oleh SPRM. Tidak dapat dipastikan samada mangsa sebenarnya disiasat ataupun 'disiat-siat' oleh komando SPRM. Kedua-duanya berlaku di pejabat SPRM, hanya berlainan cawangan. Ini juga kita panggil De Javu. Jadi tidak hairanlah jika ada yang sampai hati menyebut SPRM sebagai Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysa.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian, Ahmad Sarbani tidak mati dengan sia-sia. Pasti ada yang terselamat di sebalik upacara ritual seokor kambing hitam dikorbankan untuk menolak bala. Kalau pasal 7 ringgit pun ada yang boleh tercabut nyawa, inikan pula fasal ringgit bilion-bilion. Kejadian seperti ini pasti menimbulkan pelbagai persepsi dengan ditambah lagi rekod buruk SPRM dalam melayani orang yang disiasat.

Perenggan-perenggan di bawah mungkin salah satu persepsi rakyat;

Umpama satu kerja yang mudah, umpama satu kumpulan gangster yakuza, orang yang disiasat oleh SPRM diberi dua pilihan samada ingin bekerjasama, berkompromi dan bersekongkol atau didapati mati bunuh diri!

Pilih yang mana suka, dikorbankan sebagai kambing hitam dengan mengaku mengambil rasuah dan memberi laluan kepada aksi penyeludupan bilion ringgit, atau mati jatuh bangunan? Tetapi mungkin Ahmad Sharbani memilih untuk menegakkan istiqomah bahawa dirinya tidak bersalah sepertimana dakwaan sebelumnya ketika operasi 3B yang menyebabkan arwah ditahan.

Kompromi untuk didapati bersalah atau tidak kompromi seterusnya dijumpai mati bunuh diri? Jika kompromi bersalah, hanya menanggung sedikit malu dan aib bertahun bersama habuan setimpal, tetapi mangsa memilih untuk menolak rasa aib didapati bersalah. Mati pun matilah...

Seperti yang saya sebut di awal artikel, kes TBH tidak banyak bezanya cuma soalan pilihannya sedikit berbeza. TBH diberi pilihan untuk menyelamat kerajaan negeri dengan bersekongkol dengan kami atau mati?

Dalam kes Ahmad Sarbani pula, mati dalam mempertahankan istiqomah, mati dalam mempertahankan akidah. Orang yang benar-benar bersalah terlepas tetapi orang yang tidak bersalah oleh kerana tidak mempunyai duit dan pengaruh kuasa, dengan senang lenang dijadikan mangsa buli apabila dijadikan korban kambing hitam.

Baiklah, kita tutup soal persepsi namun jangan dilupa politik persepsi adalah harus di kala kes kematian mengejut.

Sekarang cuba kita fikir baik-baik, tidakkah kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh Barisan Nasional mengambil iktibar daripada peristiwa pertama dulu? Bagaimana kematian ini boleh terjadi haruslah ditanggung sepenuhnya oleh SPRM dan Kerajaan Malaysia kerana ini bukanlah kes kedua. Apakah disebabkan mangsa itu mati, dan pihak jahat akan terlepas begitu sahaja?

Satu prosidur piawaian atau SOP telah diberi penekanan semenjak kes TBH melanda SPRM pada 2009. SOP yang menyatakan orang yang disiasat tidak boleh ditinggalkan keseorangan dalam mana-mana waktu ketika berada dalam bangunan SPRM atau ketika berada dalam kawalan SPRM. SOP itu nampaknya mudah tetapi tidak sesekali sepatutnya diambil mudah. Ini bermakna SPRM telah melanggar SOPnya sendiri bagi memberi laluan kepada kematian Ahmad Sarbani?

Ahmad Sarbani telah ditinggalkan keseorangan dan dijumpai mati pada aras bawah. Tidak kiralah berapa minit sekalipun arwah ditinggalkan seorang diri, asalkan ditinggalkan ia dianggap melanggar prosidur yang ditetapkan bagi mengelak kejadian seumpama TBH berulang. Meninggalkan Ahmad Sarbani keseorangan adalah seperti membunuh Ahmad Sarbani! Kedatangan Ahmad Sarbani untuk berjumpa pegawai SPRM harus berada dibawah tanggungjawab SPRM dan tidak wajar dibiarkan kesorangan.

Justeru, mengapa tidak SPRM bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Ahmad Sarbani? Pengarah SPRM harus meletak jawatan sebelum siasatan penuh bermula.

Di atas kejadian yang melibatkan agensi kerajaan (atau lebih tepat komponen kerajaan Barisan Nasional), adakah kita masih berasa selamat hidup dalam negara ini? Ayuh semua rakyat yang menuntut kehidupan lebih selamat, ayuh tumbangkan Barisan Nasional dalam PRU akan datang. Setiap undi BN bakal membawa padah.

Beringatlah, hari ini bukan saudara mara kita yang mati di pejabat SPRM, cuma saudara seislam sahaja. Apa kau nak tunggu saudara belah emak atau bapak kau dulu yang kena baru nak tergadah? Beringatlah sebelum kena!

Nafi pengakuan Azizah : Kenyataan Nazri lucu dan tidak masuk akal

GUANE GAMOK ORANG KITE??????????

PARIT BUNTAR, 6 April : Ketua Penerangan Pas Perak, Drs. Khalil Idham Lim Berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sebagai lucu dan tidak masuk akal kerana menafikan bahawa isteri DS Anwar Ibrahim sebagai individu yang “bukan pakar” untuk mengenali susuk tubuh DS anwar yang merupakan suaminya berhubung isu fitnah video seks.


“Adakah beliau (Nazri) sudah tidak ada modal sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu, Sedangkan kanak-kanak sekolah tadika pun tahu individu yang paling hampir dan kenal benar dengan DS Anwar sudah tentulah isterinya yang bersama ke mana jua beliau pergi,” katanya ketika ditemui di sini.

Datin Seri Dr. Wan Azizah dipetik sebagai berkata menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

YB Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menempelak tindakan menteri BN itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana dengan mudah mengenepikan hujjah isteri DS Anwar Ibrahim berhubung penafian tersebut.

"Saya ingin bertanyakan kepada Nazri, kalau pengakuan seorang isteri mengenai sosokbadan dalam video itu bukan suaminya, dari siapa lagi kita ingin percaya?" soalnya.

Dalam pada itu, YB Khalil yang juga Adun Titi Serong membidas ungkapan Nazri Aziz mengatakan “Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu” sebagai hujah yang tidak boleh diterima langsung dan ini merupakan satu lagi hujah untuk melindungi individu tertentu yang merancang video fitnah itu.

“Umno BN terdesak untuk menang di Sarawak, itulah isu dan topik sebenarnya,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa video tersebut merupakan satu lagi tindakan desperado Umno BN untuk menipu rakyat Sarawak dengan harapan Pakatan Rakyat ditolak dan bagi memenangi hati rakyat di negeri tersebut untuk memperoleh kemenangan pada 16 April nanti.

“Sebagai rakyat Sarawak yang bijak, seharusnya perkara ini dipandang serius dengan menolak BN dan seluruh komponennya pada pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi,” jelasnya.

“Beri undi kepada Pakatan Rakyat adalah tindakan bijak bagi menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh BN yang tidak putus-putus menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak serta barang dan merosakkan masa depan Negara yang tercinta ini,” katanya

petikan dari http://idhamlim.blogspot.com/2011/04/nafi-pengakuan-azizah-kenyataan-nazri.html

Rabu, 6 April 2011

Kerana UMNO, Negara dah jadi negara tak berakhlak!!!!! GUANE GAMOK ORANG KITE


KUALA LUMPUR, 6 April — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermora”l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

Rakaman video seks itu dipertontonkan kali pertama kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sejak kelmarin rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” tersebar dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno.

Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.

Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.

Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thailand, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” - menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid berkata, pendedahan dibuat “Datuk T” itu adalah satu fitnah dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan imej Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Ini adalah satu fitnah, betapa rosak moral orang Islam di Malaysia... fitnah telah berleluasa.

“Sepatutnya kita tahu bahawa fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, negara sudah jadi porak-peranda kerana fitnah yang dibuat ini,” katanya. Malah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

“Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.

“Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini,” katanya. 

Quran dibakar dalam masjid di Malaysia!!!! GUANE GAMOK ORANG KITE




1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan.

Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah Jumaat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html

SELAMATKAN UMAT INI

Lelaki gila bakar al-Quran ditahan
Harian Metro 6 April 2011

KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.

“Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci.

“Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

TERJATUH ATAU DIJATUHKAN.....GUANE GAMOK ORANG KITE???????

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.
NONEMangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.
Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Penahanan itu dibuat di Klang.
Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.
Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.
Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.


Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.


NONEMayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi, kata Mustafar.
Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.
Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.
Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

Terkini!!!! PAS Menang Tanpa Bertanding Di Muara Tuang....GUANE GAMOK ORANG KITE?????


Calon PAS bagi kerusi N 15 DUN Muara Tuang diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud gagal menyerahkan butiran perbelanjaan pilihanraya pada 2006 lalu. Normala Hamzah menang tanpa bertanding sebentar tadi menurut Twitter Jonson Chong di bawah:



Congrats to #Pas for winning Muara Tuang N15 uncontested 'cos the BN candidate did not submit 2006 election returns. Dan ini pula Twitter Timbalan Setiausaha PKR Sharifah Shahidah: Tahniah calon PAS N15 Muara Tuang Noraini Hamzah menang tanpa bertanding lwn adik Taib Mahmud yg tak htr last election's financial stmt./Jalan Pulang


Dari blog Cina Islam sebentar tadi...sungguh licik perancangan SPR (Komponen ke 14 Be End) untuk memenangkan tuan mereka..


Setelah menunggu sekian lama, Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam 1.20 petang tadi mengumumkan ada pertandingan 2 penjuru di DUN Muara Tuang dengan menyaksikan Calon PAS, Noraini Hamzah mencabar calon BN oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud. Calon BN tersebut telah menghantar penyata kewangannya kepada SPR pada jam 1.05 petang sebagaimana yang diumumkan